Proceeding
Zulridah Mohd Noor, Hasmiah Kasimin, Aini Aman, Noraidah Sahari@Asahari (2010) Penggunaan perkhidmatan eKerajaan ELX: hubungan keyakinan, inovasi dan penerimaan
Pascasidang Bengkel Pembentangan Hasil Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM
Abstract: Kerajaan elektronik atau eKerajaan telah diakui dapat meningkatkan kemudahan dan kebolehan mengakses perkhidmatan kerajaan dan maklumat kepada rakyat. Terdapat banyak faedah eKerajaan seperti akauntabiliti kerajaan kepada rakyat yang semakin meningkat, akses awam kepada lebih banyak maklumat dan kerajaan yang lebih cekap dan kos efektif. Namun demikian kejayaan dan penerimaan inisiatif eKerajaan sangat bergantung kepada kerelaan rakyat untuk mengguna pakai inovasi ini. eKerajaan yang berpusatkan-rakyat (citizen-centred) boleh menyediakan pengguna dengan maklumat yang relevan dan boleh diakses dan perkhidmatan berkualiti yang lebih bermanfaat berbanding urusniaga tradisi. Untuk membina eKerajaan yang berpusatkan rakyat agensi kerajaan mesti terlebih dahulu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan inovasi ini oleh rakyat. Kajian ini bertujuan untuk membentuk model faktor yang mempengaruhi pengguna eKerajaan. Model yang mudah tetapi komprehensif ini dibina dengan menyepadukan faktor daripada model penerimaan teknologi, teori penyerapan inovasi dan model keyakinan web. Kajian dilakukan dengan mengkaji kes pengguna perkhidmatan eKerajaan ELX. Penemuan kajian menunjukkan bahawa tanggapan mudah diguna, keserasian dan keyakinan adalah faktor penting dan signifikan kepada niat rakyat untuk menggunakan perkhidmatan eKerajaan.
No comments:
Post a Comment