Sunday, March 6, 2011

Cabaran dan Isu Penggunaan Aplikasi eKerajaan daripada pandangan pengguna luar

Proceeding
Hasmiah Kasimin, Zulridah Mohd Noor, Aini Aman dan Noridah Sahari (2010) Cabaran dan Isu Penggunaan Aplikasi eKerajaan daripada pandangan pengguna luar
Proceedings of the Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management and Accounting, (MIICEMA) 2010:Regional Development in an Era of Global Innovation Economy. Fakulti FEP, UKM

Abstract: MIICEMA2010-097 CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN APLIKASI eKERAJAAN DARIPADA PANDANGAN PENGGUNA LUAR ABSTRAK EKerajaan memberi peluang kepada sektor awam untuk mencipta semula hubungan antara kerajaan kepada rakyat dan bisnes dan antara kerajaan kepada agensi kerajaan yang lain. Kepada rakyat dan bisnes hubungan baru membuka peluang kepada peningkatan yang ketara dalam perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Rakyat dan bisnes akan dapat mencapai perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cekap, berkualiti dan mungkin lebih murah. Kepada agensi kerajaan, hubungan baru bermakna aliran maklumat yang lebih baik antara agensi kerajaan, penyelarasan sumber-sumber kerajaan, alat-alat analisis dan alat sokongan keputusan yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan polisi awam. Ini bermakna pandangan pengguna luar (rakyat, bisnes dan agensi kerajaan yang lain) terhadap prestasi aplikasi eKerajaan adalah penting untuk menentukan kejayaan pelaksanaan eKerajaan. Tujuan utama kertas ini ialah untuk membincangkan pandangan dan prestasi aplikasi eKerajaan daripada perspektif pengguna luar. Seterusnya dibincangkan cabaran dan isu pelaksanaan dan penggunaan aplikasi eKerajaan. Analisis yang dibuat menggunakan data yang dikumpulkan melalui temubual dengan pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan, dokumen kerajaan dan tinjauan yang menggunakan soalselidik daripada 900 responden yang telah dijalankan dalam tahun 2009. Kajian kami mendapati sebahagian besar pengguna samada yang pernah atau tidak pernah menggunakan eKerajaan menyokong usaha kerajaan melaksanakan eKerajaan untuk mempertingkatkan kualiti sektor awam. Mereka yang menggunakan eKerajaan mendapati prestasi aplikasi ekerajaan hampir baik dan merasakan masih banyak ruang yang perlu dipertingkatkan. Tiga isu utama yang boleh menghalang penggunaan ialah infrastruktur berkaitan dengan internet, keselamatan dan kelemahan sistem yang kurang mesra pengguna berbanding perkhidmatan kaunter.

No comments:

Post a Comment