Proceeding
Rosma Nadianti Risman, Aini Aman (2010) Pengurusan pengetahuan: kajian kes dalam industri penyumberan-luar perakaunan luar pesisir
Proceedings of the Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management and Accounting, (MIICEMA) 2010:Regional Development in an Era of Global Innovation Economy. Fakulti FEP, UKM
Abstract: Pengurusan pengetahuan dan pembangunan modal insan semakin menjadi keutamaan dalam industri penyumberan-luar perakaunan luar pesisir (PPLP). Industri penyumberan-luar perakaunan luar pesisir ini semakin berkembang di seluruh dunia dan Malaysia pula merupakan lokasi ketiga di dunia yang menjadi tarikan bagi industri tersebut. Kertas kerja ini akan mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh sebuah syarikat dari UK yang menubuhkan subsidiari di Malaysia bagi mengendalikan aktiviti penyumberan-luar perakaunan luar pesisir. Secara khususnya, kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana syarikat tersebut mengatasi cabaran membangunkan modal insan dan mengurus pengetahuan. Bersandarkan kerangkakerja teori oleh Alavi dan Leidner (2001): penciptaan, penyimpanan, penyebaran dan aplikasi pengetahuan, hasil kajian menonjolkan cabaran utama dalam pengurusan pengetahuan dan pembangunan modal insan iaitu kesukaran untuk mendapatkan pekerja mahir dan kaedah utama yang digunakan untuk mengatasi cabaran tersebut melalui pendokumentasian dan latihan secara tidak formal. Dapatan awal kajian ini akan menyumbang kepada pembangunan teori dan praktis dari aspek pengurusan pengetahuan dan pembangunan modal insan dengan lebih berkesan terutamanya dalam industri penyumberan-luar perakaunan luar pesisir.
No comments:
Post a Comment